Sabtu, 22 Disember 2012

I'm back !

Assalamualaikum..
Salam sejahtera & salam 1Malaysia..

Heyh you..!! Apa kabo kome semue ??haha..
Dah la sangat rasanya fafar tak update blog ni kan? First of all, fafar nak mntak maap la sebab tak dapat menjalankan peranan as a good blogger..Mungkin  fafar kekurangan masa & kesempatan smpai lupe pasal blog ni..
Tapiiii...mulai skrg, INSYAALLAH fafar akan berusaha utk ambil berat psl blog ni.hehe..tak janji , tapi dengan izin Allah yee..

Oh ya ! Fafar sekarang baru je lepas habis menjalani exam SPM..xde la baru sangat tapi dah hmpir sebulan jgak la duduk kat rumah ni,mcm penganggur pun ada jugak , haha..
So , fafar masih mencari idea apa fafar nak buat sementara nak tggu result ni..kalau korang ada cadangan,, share2 lah ye..Maybe ada ssetengah kawan2 fafar dah buat interview utk smbg study abroad.Best nye kan.?Memandangkan result trial fafar tak lah begitu memberansangkan, jadi fafar tak berkesempatan la nak mintak apa2 lagi..jadiii,,kena tggu result SPM jgak la kan..

Btw, skrg ni kan masih cuti sekolah..so, walau apa pun yg kawan2 dan adik2 fafar buat kat luar sana, pastikan ia adalah perkara yang berfaedah yee..fafar nasihatkan supaya jgn la terlibat dgn aktiviti2 yang tak berfaedah ni..Buang masaa je k..

Ok lah..rasanya tu je kot dari fafar buat masa ni..walau apa pun, hidup mesti diteruskan dalam keredhaan dan rahmat Allah..chaiyok2 !!!

Jumaat, 27 April 2012

Batang pokok betik berwajah manusia



PONTIAN – Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
“Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
MasyaAllah !

George Galloway peluk Islam?



LONDON: Tokoh politik Britain, George Galloway dilapor memeluk Islam dalam satu majlis sulit lebih 10 tahuin lalu.
Aktivis sosial, Jemima Khan berkata, anggota Parlimen berkenaan mengucapkan syahadah di majlis yang dihadiri anggota Persatuan Islam Great Britain.
Jemima yang memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan, dalam artikel yang disiarkan dalam majalah New Statesman, mendakwa dia mengenali seseorang yang turut hadir di majlis yang diadakan di barat laut London itu.
Bagaimanapun, Galloway, anggota Parlimen untuk Bradford West, menafikan adanya majlis itu. Namun, lelaki berusia 57 tahun itu yang sudah empat kali berkahwin, tidak menafikan dia Islam.
Galloway, dalam media, sentiasa dikatakan beragama Katolik.
Sebelum kemenangan mengejutnya dalam pilihan raya kecil bulan lalu, tersebar surat di kalangan pengundi yang menyatakan sokongannya terhadap Palestin, usahanya untuk membebaskan Kashmir dan kenyataan dia tidak minum arak.
“Tuhan tahu siapa Islam.
Dan Tuhan juga tahu siapa bukan Islam.
Anda juga begitu,” antara kenyataan yang terkandung dalam surat itu. Galloway menafikan bertanggungjawab menulis dan menyebarkan surat berkenaan.
Jemima yang kini sudah berpisah daripada Imran, mewawancara Galloway di Bradford West yang mempunyai sejumlah besar masyarakat Islam, memulakan artikelnya dengan berkata: ‘George Galloway, Ahli Parlimen Bradford West, ialah Muslim.
“Dia memeluk Islam lebih 10 tahun lalu di satu majlis di sebuah hotel di Kilburn, dihadiri oleh anggota Persatuan Islam Great Britain.
“Mereka yang rapat dengannya tahu hal ini.
Yang lain, termasuk masyarakat Islam di kawasan pilihan rayanya, tidak tahu.” Jemima memberitahu Galloway, dia kenal seseorang yang hadir di majlis berkenaan.
Dia bertanya kepada Galloway ketika wawancara itu: “Jadi, anda sudah memeluk Islam?” Menurut artikel berkenaan, Galloway menjawab: “Saya tidak boleh menjawab soalan itu.
Tuhan tahu siapa yang Islam.” Wawancara itu berterusan sambil Jemima dan Galloway menikmati makanan halal. – DM

Ahad, 1 April 2012

6 PETUA MENGEMPISKAN PERUT...DAN MELANGSINGKAN BADAN...

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
... -Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.


2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.


3.Lansing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.



4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.

-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.




5.Lansing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.


6.Temu hitam.

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Kepada pembaca yang ingin dan sedang mencuba petua ini nanti bagi tahulah kepada Kawan2. Mungkin kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada mereka yang mungkin gagal dalam usaha mereka selama ini.


Selamat mengempiskan perut !

Khamis, 29 Mac 2012

Ustaz Azhar Idrus Meluahkan Perasaan Cinta