Sabtu, 5 November 2011

Perginya kau menyahut seruan Illahi..

Pada tarikh keramat 4 November 2011 , seorang insan yang bernama Haji Saidin telah menyahut seruan Illahi untuk meninggalkan dunia yang fana ini.,Dia pergi meninggalkan kami semua..isteri , anak-anak , cucu-cucu serta saudara-mara..
Aku redha dengan pemergian atuk kerna itulah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Perginya atuk dari dunia ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami..
Aku sayang atuk..walaupun semasa hayatnya aku tak dapat memberikan yang terbaik untuknya..
Dia seperti matahari yang sentiasa menyuluhkan cahayanya kepada umat manusia..
Kini...
Tiada lagi bebelan daripada atuk..
Tiada lagi rungutan opah kerana melayan kerenah atuk..
Tiada lagi nasihat dari seorang atuk..
Tiada lagi terdengar suara yang khusyuk membaca dalam solatnya , membaca al-Quran..
Dan tiada lagi terdengar batuk dari atuk yang menahan sakit..
Namun..
Mungkin ini yang terbaik untuk atuk..dan kami..
Kerana setiap apa yang berlaku,,tentu ada hikmahnya..
Walau apapun..
Kami sentiasa mendoakan atuk..
Semoga atuk ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
Semoga atuk dilindungi dari seksa kubur dan api neraka..
Dan semoga atuk dicucuri rahmat dari-Nya..
InsyaAllah..Amin..

* Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati...
p/s : Buatlah persediaan untuk diri kita juga sebagai bekalan untuk menghadapi hari kematian kita..
        Wallahua'lam...